Wednesday, October 30, 2019

Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar : perkongsian ilmu dari blog bro sabreehusin.com




Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar




Saya buka laman web google. Kemudian, saya taip kata kunci “buat duit dengan blog” lalu saya tekan butang search

Terkejut. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sangka, rupa-rupanya, langsung tak ada artikel dalam blog saya, yang berjaya muncul di muka surat pertama atau kedua untuk kata kunci tersebut.

Maknanya, kalau ada pengguna internet yang mencari info tentang cara nak jana pendapatan menerusi blog, dia mungkin tak akan jumpa laman blog saya. Bila dia tak jumpa laman blog saya, maka sampai bila-bila dia tak akan kenal blog ini.

Ini tak boleh jadi. Saya kena do something. Maka akhirnya saya buat keputusan untuk tulis artikel ini. Saya rasa ada baiknya saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang tak seberapa ini, sebagai panduan buat mereka yang ada menyimpan hasrat untuk menjadikan blognya sebagai medium untuk buat duit.
pengalaman-bekerja-sendiri
Manalah tahu, lepas saya publish entri ini, nanti artikel ini akan masuk ke page pertama google untuk kata kunci buat duit dengan blog atau panduan buat duit dengan blog.

1.0 Peringkat permulaan

Blog pertama saya, saya bina menggunakan platform percuma blogspot. Senang je guna blogspot untuk buat blog. Asalkan anda mempunyai akaun google, atau akaun gmail, anda dah boleh daftarkan blog anda.

Saya suka guna blogspot sebab ianya mudah untuk digunakanpercuma dan ia merupakan platform yang cukup popular dalam kalangan blogger pada ketika itu. Jadi, kalau ada sebarang masalah, tak tau macam mana nak install widget dan sebagainya, ada ramai blogger yang boleh kita jadikan tempat rujukan.

Saya rasa, orang suka pakai blogspot mungkin sebab boleh letak macam-macam styleCursor mouse boleh tukar jadi rama-rama, blog ada salji, boleh masuk muzik dalam blog, boleh design macam-macam style header untuk blog dan banyak lagi.

Pada masa ini, appearance nampaknya lebih penting berbanding performance. Selepas sekian lama guna blogspot, saya dapati ada beberapa perkara yang kurang, dan saya rasa tak puas hati dengan kekurangan ni.

Pertama, cukup susah nak dapatkan organic traffic yang masuk ke blog menerusi teknik SEO.
Kedua, kalau tak betul-betul faham, apa itu teknik SEO memang susah nak dapat trafik yang konsisten.
Ketiga, saya tak berapa suka dengan sistem komen di blogspot. Langsung tak nampak macam ada interaksi, sebabnya kebanyakkan template percuma yang boleh digunakan tak support fungsi reply to comment.

2.0 Berkenalan dengan blog wordpress self hosted

Kemudian saya dapati, ada penulis blog yang menggunakan wordpress self hosted sebagai platform blog. Blog mereka nampak sangat berbeza berbanding mereka yang guna platform percuma dari blogspot.

Walaupun kebanyakkan blog yang dibangunkan menggunakan wordpress, nampak simple, tiada design blink blink, namun disitu nampak ada sedikit elemen professionalism. Saya terus jatuh hati dengan wordpress, dan tak lama lepas tu, saya mula kumpul duit untuk beli domain dan hosting.
Syarikat NetKL adalah syarikat web hosting pertama yang saya gunakan untuk dapatkan nama domain dan hosting. Saya masih lagi gunakan perkhidmatan mereka sampai sekarang.

Walaupun saya telah cuba beberapa syarikat hosting yang berbeza sepanjang beberapa tahun kebelakang ini, akhirnya saya pindahkan semua domain dan hosting saya dari syarikat lain ke Netkl.

3.0 Buat duit dengan blog menerusi program pengiklanan Nuffnang

Saya pernah lalui saat-saat manis dengan Nuffnang. Bawah ni adalah cek terawal yang saya terima dari Nuffnang.
buat-duit-dengan-blog
Walaupun sekarang ni income Nuffnang yang saya terima tidaklah sehebat dulu, namun saya pernah melalui saat paling menggembirakan dengan program pengiklanan ini. Program pengiklanan ini masih lagi wujud sampai sekarang, dan jika anda adalah seorang yang penyabar, bolehlah sertai program ini.

Dari apa yang saya perhatikan, nak dapat RM5 sebulan pun cukup susah dengan program ini, walhal trafik blog ini tidaklah teruk sangat.

Saya tidak recommend anda sertai program ini disebabkan masa untuk hasilkan duit dengan program ini sangat lama. Bimbang nanti anda rasa bosan pula sebab tak nampak ada sebarang pertambahan income melalui program ini.

4.0 Program pengiklanan Google Adsense

Blog yang sedang anda baca ini, juga pernah menyiarkan iklan dari Google Adsense satu masa dulu. Namun demikian, iklan google adsense hanya mampu disiarkan untuk beberapa bulan sahaja, dan selepas tu, akaun adsense saya kena banned.

Saya cuba dapatkan kepastian dan penjelasan, kenapa adsense banned akaun saya? Tapi macam biasa, tiada jawapan. Lagipun, google menutup saluran komunikasi, dan emel yang dihantar kepada saya pun menggunakan alamat emel “No Reply”.

Apabila akaun google adsense kena banned, memang semangat nak menulis blog agak luntur. Tapi, saya percaya, rezeki dalam bidang penulisan blog ini, bukan hanya datang dari program iklan google semata-mata.

Kalau tak silap saya, bermula tahun 2017 macam tu saya mula menyiarkan kembali iklan-iklan dari Google Adsense. Apa yang saya buat, saya daftar semula ke program Google Adsense ini menggunakan nama isteri saya. Alamat pun saya guna alamat isteri di kampung.

Alhamdulillah, pendaftaran kali ini berjaya. Akhirnya setelah sekian lama blog ini kembali menyiarkan iklan dari Adsense. Tak sia-sia selama ini invest duit untuk beli panduan macam mana nak buat duit dengan Adsense.

5.0 Google Adsense Alternative

Hakikatnya, ada banyak sebenarnya program-program pengiklanan yang boleh dijadikan sebagai pilihan dan alternatif kepada adsense.

Saya pilih program pengiklanan Bidvertiser.
buat-duit-dengan-blog-bidvertiser
Program ini tidaklah sehebat Google Adsense, tetapi setidak-tidaknya, proses untuk dapatkan kelulusan adalah lebih mudah, dan nak cash out earning juga tidak begitu payah.

Kita cuma perlu pastikan earning kita dah mencapai USD10 untuk dapat bayaran. Bayaran pula akan dibuat secara automatik ke akaun Paypal milik kita.

Pada waktu catatan ini saya tulis, saya sudah tidak siarkan iklan dari bidvertiser sebab saya nak fokus kepada program affiliate.

Saya tak tahu apa silapnya, dengan tak semena-mena akaun publisher saya kena terminate dengan pihak bidvertiser. Rasa frust la juga, tapi mujur la… saya dah dapat adsense, setidak-tidaknya pendapatan saya dari program pengiklanan tidak terputus begitu sahaja.

6.0 Program pengiklanan Pay Per Click

Peringkat permulaan, saya hanya fokus untuk buat duit dengan program pengiklanan semata-mata. Setiap hari saya akan update blog dan kena pastikan blog yang saya miliki menerima trafik yang banyak. Hanya dengan mempunyai banyak trafik, barulah potensi pendapatan yang bakal dihasilkan akan jadi tinggi.

Kemudian, saya terfikir, sampai bila aku nak buat duit dengan cara ni? 

Tahukah anda, berapakah nilai bagi setiap klik pada iklan yang kita siarkan diblog kita? Sebenarnya tak banyak pun. Contohnya, kalau kita siarkan iklan Nuffnang.

Setiap klik, nilainya cuma RM0.25 – RM1 sahaja.
pendapatan-dengan-nuffnang
Katakanlah, setiap klik nilainya ialah RM0.25 sahaja. Berapa banyak klik yang diperlukan untuk saya dapat RM100? Saya perlu dapatkan sekurang-kurangnya 400 klik!

Nak dapatkan trafik bukannya senang. Nak dapatkan trafik yang tekan klik pada iklan juga bukan sesuatu yang mudah.

7.0 Topik blog yang mampu menarik bilangan trafik yang ramai

Ada beberapa topik blog yang biasanya akan menerima limpahan trafik yang ramai, antaranya
7.1 Blog politik
7.2 Blog tentang selebriti dan gosip
7.2 Blog tentang berita semasa

Bagaimana pula kalau blog tersebut adalah blog peribadi atau personal blog? Siapa yang nak baca? Jika anda menulis blog tentang diri anda, keluarga anda, kehidupan anda… anda tak perlu terkejut kalau anda dapati pengunjung atau trafik blog anda sangat sedikit.

Biasalah tu kalau tak ada siapa yang minat nak ambik tahu pasal kehidupan anda. Melainkan kalau anda merupakan seorang selebriti, saya tak rasa hairan kalau anda tetap berjaya walaupun hanya menulis personal blog.

8.0 Kajian kata kunci untuk hasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan

Saya tak minat nak tulis pasal politik, sebab itu bukan bidang saya. Ada banyak hal-hal politik yang saya tak pasti kesahihannya.

Selain tu, saya tak suka nak tulis pasal artis. Dah macam mengumpat pulak. Lagipun, apa benda yang baik yang boleh kita cerita pasal selebriti kalau nak dibandingkan dengan benda yang tak berapa baik yang mereka tontonkan kepada orang awam?

Kemudian, topik mengenai berita semasa. Saya bukan wartawan. Jadi, agak susah untuk saya dapatkan berita yang terkini, selain daripada copy paste sahaja berita-berita yang dilaporkan oleh portal-portal berita yang ada di negara kita.

Akhirnya, blog pertama dan utama saya, saya tetap pilih konsep personal blog, dan blog ini fokusnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Bukan semua masalah saya boleh selesaikan, jadi saya fokus kepada masalah-masalah biasa yang saya yakin, saya tahu jawapannya.
cara-guna-google-keyword-planner
Laman web Google Keyword Planner adalah salah satu laman web yang saya jadikan rujukan, bagi mengetahui “nilai” sesebuah kata kunci. Apabila saya jumpa kata kunci yang nampak bernilai, saya hanya perlu padankan dengan produk yang menawarkan program affiliate.

Hasilnya? Saya dapat buat sales tanpa perlu bersusah-payah. 

9.0 Sewa tapak iklan di blog

Pernah ada pelawat blog ni yang minat nak sewa tapak iklan di blog saya. Iklan perniagaan mereka akan disiarkan dibahagian side bar blog ini.

Sepanjang saya siarkan banner iklan di side bar, saya dapati kadar conversion sangatlah rendah, dan amat jarang-jarang sekali berjaya sumbangkan jualan. Jadi, setiap kali ada yang nak siarkan iklan jenis banner di blog saya, saya akan tolak.

Bunyi macam tolak rezeki, tapi kalau saya sendiri tak yakin dengan keberkesanan iklan jenis tu, kenapa saya nak jual kat orang?

10.0 Jemputan untuk menjadi penceramah

Pada satu hari, seorang kenalan yang dah agak lama kami tidak berhubung, ingin jemput saya jadi penceramah bagi topik blogging di tempat latihan miliknya. Dari gaya jemputannya, dia nampak serius.

Kemudian, tak lama lepas tu, ada lagi jemputan dari pelajar sebuah universiti ingin jemput saya beri ceramah dalam topik yang sama. Buat duit online sebagai penulis blog atau internet marketer. 
pendapatan-lumayan-dari-program-affiliate
Kedua-dua tawaran ni, saya tak pernah penuhi, sebabnya mereka tak pernah cerita berapa bayaran yang mereka tawarkan kepada saya. Saya tak pernah rancang untuk jadi penceramah dalam masa terdekat ini, jadi saya pun tak pernah fikir berapa bayaran yang saya patut minta.

Disebabkan saya tak nak pening-pening kepala, jadi saya rasa ada baiknya mereka cari orang lain. Kalau serius nak saya jadi penceramah, beritahu sekali berapa bayaran yang ditawarkan.

11.0 Jual produk informasi sendiri

Contoh produk informasi adalah seperti buku, ebook, rakaman audio, rakaman video, software dan sebagainya. Dalam banyak-banyak ni, saya pernah jual ebook saya sendiri.

Jual menerusi blog sahaja pun boleh laku! Salah satu ebook yang saya tulis, berjaya raih jualan lebih kurang RM800++ pada minggu pertama ia dilancarkan.

Saya rasa pencapaian seperti itu tidaklah begitu teruk memandangkan proses untuk hasilkan ebook tidaklah begitu sukar. Saya hanya perlu edit sahaja artikel-artikel lama yang saya pernah siarkan dalam blog ini dan jadikan ia dalam bentuk yang lebih panjang dan details.

Jadi, siapa yang menulis blog tu, satu masa nanti bolehlah plan untuk tulis ebook dan jual. Untungnya pun boleh tahan! Ebook ini, kita cuma perlu tulis sekali sahaja, dan kita boleh jual berulang-ulang kali.

12.0 Tawarkan servis pemasangan blog, pemasangan plugin dan membina laman web

Benda ni sangatlah simple dan senang.

Tetapi, untuk orang yang masih agak baru dan tak biasa dengan kerja-kerja seperti ini, mereka mungkin akan rasakan ianya sangat susah. Jadi, bila ada masa, saya akan tawarkan servis pemasangan blog dan servis yang berkaitan.

Seingat saya, saya cuma buat kerja-kerja ni sekali sahaja. Lepas tu saya hentikan servis ini, dan saya fokus untuk buat blog sendiri sahaja. Tapi kalau ada yang minta tolong dan memang betul-betul tak tahu macam mana nak pasang sendiri sistem blog wordpress, In Shaa Allah saya akan bantu.

Ataupun anda boleh baca posting saya berjudul panduan pemasangan blog menggunakan sistem wordpress self hosted.

13.0 Servis penulisan artikel advertorial

Blog ini juga menyiarkan banyak artikel-artikel berbayar atau artikel advertorial. Ini salah satu cara untuk buat duit dengan blog.

Advertorial adalah salah satu sumber pendapatan blog ini, namun ia bukanlah sumber pendapatan utama. Kalau ada yang minat nak dapatkan perkhidmatan saya, In Shaa Allah saya akan bantu. Jika tidak ada yang minat, saya pun tak ada masalah.

Saya dapati, selepas sekian lama menulis di blog, akan ada so called pemilik bisnes yang akan spam bahagian komen artikel blog kita dengan iklan bisnes yang dia jalankan.

Mungkin dia fikir, blog ini adalah tempat untuk mereka spam iklan mereka kot… Kalau nak beriklan, bayarlah pemilik blog tersebut. In Shaa Allah anda akan dapat servis yang berkualiti.

Barulah boleh wujud situasi menang-menang.

Blogger tersebut dapat bayaran, anda pula dapat khidmat hebahan dari pemilik blog tersebut. Bukannya anda sahaja yang dapat manfaat, sebaliknya blog tersebut jadi mangsa tempat anda iklankan bisnes anda.

13.0 Blog sebagai platform untuk mempromosikan produk affiliate dan juga dropship

Berita baiknya ialah, sekarang ni ada terlalu banyak program affiliate yang dilancarkan. Sebagai penulis blog, kita boleh sertai program-program ini secara percuma sahaja.

Antara yang saya sendiri join adalah program affiliate klikjer, program affiliate lazada, program affiliate Involve Asia dan banyak lagi.

Kalau nak buat dropship menerusi blog sahaja juga boleh. Cuma ia mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk nampak hasilnya atau untuk nampak hasil jualan yang pertama.

Setidak-tidaknya, potensi pendapatan yang bakal dihasilkan adalah lebih baik dan lebih banyak berbanding dari program pengiklanan. Bila kita ceburi bidang affiliate marketing dan juga dropship, bermakna kita sedang ceburi bidang perniagaan.

Kuasai ilmu-ilmu penting tentang bisnes, dan In Shaa Allah pendapatan kita dari blog juga akan meningkat.

14.0 Buat duit dengan blog dengan menyertai kontes blog

Sesetengah kontes blog, hadiah yang ditawarkan adalah dalam bentuk wang tunai. Saya bukannya jenis yang rajin sangat nak join kontes ataupun sebarang segmen yang dianjurkan oleh blogger lain.

Tetapi, kalau kontes tersebut jenis yang “masuk akal” dan menawarkan hadiah wang tunai, biasanya saya akan join. Menang tak menang, belakang cerita. Salah satu kontes yang sedang berjalan, adalah kontes SEO Rose Face Serum Zeeta.

Persaingan memang hebat-hebat belaka, dan saya harapkan moga-moga ada rezeki. Wallahua’lam.  

Saya merasakan, buat duit dengan blog ni adalah satu proses yang santai. Saya sendiri menulis ikut suka hati saya. Tak ada format tertentu, tak ada bos yang akan semak hasil kerja kita.

Apa yang penting, artikel yang kita hasilkan tu dapat convert kepada jualan. Klien juga suka artikel yang boleh bantu mereka dapatkan sales. Ini RAHSIA untuk dapat banyak job advertorial.

Buktikan, penulisan kita boleh mendatangkan tuah kepada pemilik bisnes untuk dapat lebih banyak pelanggan, barulah mereka akan rasa seronok mendapatkan perkhidmatan advertorial dari kita.

Baiklah, dah agak panjang ini. Jadi, jika selama ni anda masih tak pernah merasa sebarang pendapatan dari blog anda, mungkin lepas ini, anda boleh cuba apa yang saya cerita dalam posting ni. Sama-sama kita buat duit dengan blog ya!
Anda masih ada masalah untuk buat duit dengan blog? Boleh hubungi saya dan bagitahulah apa masalahnya, mana tahu saya boleh bantu.




**copy and paste dari blog bro sabreehussin untuk panduan saya dan rakan rakan blog untuk menjana duit dari bidang penulisan ini. Semoga kita dapat manfaat dari perkongsian ilmu in***
**Boleh layari blog bro ini untuk tahu lagi lanjut, dan ilmu ilmu lain yang dia kongsikan** 

Thursday, October 3, 2019

SALAM SANTAI

Welcome Home !!!!

Selamat Datang ke dunia blog aku lagi. Menghampiri 10 tahun aku tinggalkan dunia tulisan blog ini.
Dan hari ini aku datang kembali untuk menceritakan tentang kehidupan aku yang tak seberapa nie..

Topik mungkin berkisarkan tentang dengan kehidupan sementara aku selama beberapa tahun ini.
Tentang dunia hiking
Tentang dunia jalan jalan kenal dunia luar


-cukup dulu untuk hari ini-

Jalan Jalan Singapore

Welcome to Singapore. Hampir 10 tahun baru aku jejak kan kaki ke Singapore. 1st time aku pergi Kota Singa masa tahun-kedua aku zaman unive...