Wednesday, November 13, 2019

Jalan Jalan Singapore

Welcome to Singapore.

Hampir 10 tahun baru aku jejak kan kaki ke Singapore. 1st time aku pergi Kota Singa masa tahun-kedua aku zaman universiti.
Lepas tu, kami ada gak la plan reramai nak pergi lagi sekali.. alih alih tingal kenangan jela plann tu.
Tambah tambah lepas semua dah habis belajar dan berkhawin lagi la masing masing bizi.

Dan kali kedua aku pergi nie bukan dengan geng belajar tapi pergi dengan geng office.
Kami pergi bertiga ja.Masing2 pun selepas 5-10tahun baru jejak kaki lagi sekali.

Tujuan kami pergi ke Singapore nie sebab salah sorang dari kami nak try main LUGE kat kota sentosa, try makan sup tulang merah, bagi aku onz ja semua๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
Kami jejak kaki ke The Garden By the Bay dan paling yg nak sangat sebenarnya nak jejak kaki ke Changi Aiport. hahahaha

Dok berangan la nak try segala kecanggihan yang diheboh hebohkan tu.
Maka gerak la kami pergi bertiga dengan flight Sc

Wednesday, November 6, 2019

Day Trip To Penang

Hai,

Mesti ramai yang dah share pasal trip makan makan kat penang kan. Tapi biokan depa semua, aku nak cerita pasal trip aku sendiri lak.hahaha. Sebenarnya trip ini first time aku pergi penang  naik ETS dan Feri, dan trip ini ibarat pergi balik hari dari Kuala Lumpur pergi Penang.

Jom ๐Ÿ›Ž๐Ÿ›Ž

Day 1:

Jemaah Sekalian

Kami berkumpul di Kl Sentral pada pukul 10Malam. Ahli jemaah kami seramai 14 orang semua perempuan dan yang menariknya pelbagai peringkat umur.Aku la yang paling mudah๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž.
Memandangkan kami bergerak ke penang menaiki ETS dan turun di Butterworth, maka tempat berkumpulnya di Kl Sentral sebelah KFC.
Kami ambil train pukul 10.30pm dan dijangka sampai pukul 3.00am keesokkan hari nya. Sempat la lelapkan mata dalam 1jam lebih. Bila pergi reramai ini keberangkalian untuk tidor lama dalam train tu nipis sikit la sebab masing masing asyik dok  sembang , time kumpul reramai ni la syok jadi geng bawang.. hahahaha.....

opps lupa, dalam ETS kami pilih gerabak or coach C memang meja kami sebelah dengan cafe. Pukul 1 / 2 pagi bau kopi dia. mak aiii menyusuk hidung๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..

Keadaan dalam ETS  bagi saya biasa aje cumanya sila la bawa sweater or penutup mata kalau orang tu tak boleh tidor dalam cerah dan plus minus bawa la earphone untuk kurangkan bunyi orang orang dok sembang dalam train.

Dalam pukul 3am kami selamat tiba di Butterworth stesen. Untuk makluman, di stesen ini tidak boleh tidor sebab diorang akan tutup stesen dari pukul 3am-5am, surau pun diorang tutup sekali. Maka kami berjemaah bergerak la ke bangunan sebelah stesen iaitu Penang Sentral. Di Penang Sentral pun tak boleh mandi kecuali anda mau mandi di tandas tapi pastikan siap mandi sebelum pukul 5am atau pukul 6am bak kata lain sebelum cleaner masuk kerja. Kalau tak dia bising kenapa lantai basah la apa la. Untuk mengelakkan negative aura pagi pagi sila la pantas buat 'kerja'.. hahaha

Macam mana nak pergi ke Penang Sentral :
1- sesampai ja di stesen, naik ke atas tempat beli tiket.
2- akan nampak bangunan di sebelah kiri . itu la penang sentral. jadi terus jalan ke hadapan smpai jumpa lif dibelah kiri.
3-masuk lif turun bawah, dan menghala ke kiri smpai la jumpa laluan kecik sebab time kami pergi laluan pejalan kaki masih lagi under contruction.ikut la laluan tu sampai jumpa lif di bahagian kiri bangunan dan surau ad di tingkat 1 dan 5.Surau buka pukul 5am๐Ÿ˜.

Kami siap siap solat dan make up dulu... hehehe..bagi nampak segar sikit bior pun tak madi๐Ÿคญ๐Ÿคญ.
Pukul 6.30am kami dan beratur pergi beli tiket feri. Untuk makluman untuk naik feri hanya di Penang Sentra ja tiket dia, jadi dah siap siap beli tiket dan terus naik feri dalam 15minit dan sampai Pulau Pinang dengan kata lain Georgetown.

Tempat pertama kami tuju ialah roti canai transfer road.Dari Jeti feri jalan keluar sikit sampai jumpa stesen bus dan cari la bus yang tulis CAT bus. Ini free ja, special untuk pelancong mai nak pusing satu penang. Bagitahu ja pemandu bus tu nak pergi kat mana,nanti dia berhenti.
memandangkan kami ramai, heboh gak la satu bus tu. pagi pagi pukul 7 dah naik bus๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.


Selepas makan roti dengan ayam dan teh o ais, kita sambung jalan jalan ke StreetArtPenang. Kami bergerak guna grab ja dari satu tempat ke tempat lain.
Dah penat pusing, bergambar bagai. Next destination, nak pergi pekena cendol area Chowrasta.
Untuk bayaran grab kebanyakkan dia Rm5 setiap tempat yang berhenti. ok la dari nak sewa kereta lagipun kami pergi satu hari ja. Senang tak perlu nak fikir parking bagai dah๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž.





Jeti Feri






                                                                     Bus CAT

 



 










Roti Canai Transfer Road


Deen Maju Nasi Kandar






                                           Sementara Menunggu Grab nak pergi  Chowrasta





 

Padang Kota Lama


Maka jom kita pekena cendol dulu, dalam dok cari cari cendol member terjumpa kedai dimsum valey lak area kedai cendol tu, apa lagi di hajaknya sekumpulan dlpergi serang kedai dimsum tu. Time tu pukul 10am dan sekarangkan musim panas, kena sangat la tuu. Pada yang teringin nak makan dimsum boleh la try pergi dimsum valey area chowrasta tu, melayu dan rase dia sedap. harga satu pirinh rm4.90 satu.

Semua orang tahu kan area Chowrasta tu macam macam ada maka jom kita menjelajah dan shopping time๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
Ada yang pergi singgah kedai Jeruk Pak Ali, naik ke bazaar Chowrasta ada yang pergi urut kaki dan ad yang pergi try beli ais tingkat. Ais tingkat tu sebelah pasar ja xjauh sangat pun. Untuk hilangkan dahaga ok laa.
Dah siap siap borong borong , so next dah tengah hari dah. masing masing bawa niat dari KL nak makan nasi kandar.... maka jom kita makan nasi kandar deen maju๐Ÿƒ๐Ÿฝ‍♀️๐Ÿƒ๐Ÿฝ‍♀️๐Ÿƒ๐Ÿฝ‍♀️.

Dimsum Valet





Deen maju bukanya pukul 2ptg sampai malam tapi awas beratur dia panjang bak hangg. Tapi kami pergi awai kedai tak buka lagi dalam pukul 12.30ptg macam tu tp tp yang best nya time kami pergi tu dia buka awai dalam pkl1ptg dia dh buka maka suka la kamii... terima kasihhhhhh deen maju..
tp dalam 10-15minit lepas tu pandang belakang nahhh orang beratur panjang sungguh๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….Selamat la kami antara orang yang terawai tak perlu beratur bawah panas.. Syukut..

Perut dah keyang, zohor dah masuk maka jom la kita pergi cari surau or masjid dulu.
Tanya punya tanya ada la masjid area deen maju tu dalam 600m kena menapak. Jom la kita kuruskan semuala.

Masjid namanya Masjid Kampung Jawa. Kami berehat lama gak la kat masjid tu pukul 4 baru kami gerak ke Padang Kota pergi makan Pasemboq lak.
Lepas makan pasemboq ingat nak pergi makan laksa dalam tempurong tapi kedai tak jumpa yang jumpa nya kedai Sany char kuey teow. Makan lagi dan last makan sebelom kami pergi ke airport.
Flight kami pukul10, lepak lepak kat airport dan terbang la kami ke kuala kumpur. Pulang ke sarang.
Maka dengan itu berakhir la trip ke penang kami..

Sampai jumpa lagi penang. Dan balik semua rindu dengan nasi kandar deen maju tuuu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Jalan Jalan Singapore

Welcome to Singapore. Hampir 10 tahun baru aku jejak kan kaki ke Singapore. 1st time aku pergi Kota Singa masa tahun-kedua aku zaman unive...